Anggota Polis Berpangkat Koperal Maut Dilanggar Pemandu Mabuk

“Pada tengah hari jumat, arwah menghantar gambar lama lengkap berpakaian seragam istiadat dalam whatsapp kerana sudah 11 tahun berkhidmat. Arwah memang kerap berkongsi gambar, itulah gambar kali terakhir yang dikongsi arwah sebelum meninggalkan kami buat selamanya” - Suraya, kakak kepada arwah.
“Ada pegawai polis memaklumkan kepada suami yang adik saya kemalangan dan selang beberapa minit kemudian kami diberitahu dia sudah meninggal. Mak orang pertama yang kami beritahu, kami sorok daripada ayah dan mengejutnya untuk bangun sahur awal pada jam pagi sebelum perlahan-lahan memberitahu dan memintanya bersabar,” – Suraya 
Sementara buat bapa arwah, Muhammad ismail othmn, 60 berkata:
“mulanya saya hairan anak kejutkan sahur awal, semasa di ruang tamu saya sekali lagi dikejutkan anak dan selepas itu baru saya tahu wan sudah tiada. Saya berasa sedih dan tidak menyangka perkara terjadi dan ini kehendak ALLAH saya redha”
Katanya, dia meminta orang ramai berhenti menyebarkan gambar anaknya di media sosial:
“saya tidak tergamak hendak tengok gambar itu. Pada zaman sekarang susah menyekat, sudah-sudahlah tularkan gambar itu cukuplah orag-orang tertentu tahu.” – katanya
Arwah yang meninggal kini dijangkakan akan dikebumikan pada jam 3 petang.

Post a Comment

0 Comments