Adakah anda ingat bahawa kerajaan telah mengumumkan Program Jaringan Prihatin B40 dalam Belanjawan 2021 sebelum ini?
Dengan bantuan ini, kerajaan telah menyediakan bantuan sebanyak RM300 bagi pembelian peranti baru dan RM180 untuk melanggan data bulanan dari 12 syarikat telekomunikasi di Malysia iaitu Celcom, Digi, Maxis, Mcalls, redONE, speakOUT, Tune Talk, U Mobile, unifi Mobile, XOX Mobile, YES dan Yoodo.
APA ITU PROGRAM JARINGAN PRIHATIN?
Program Jaringan Prihatin dijangka memberi manfaat kepada 8.5 juta rakyat Malaysia daripada Kumpulan B40 untuk memiliki telefon pintar atau menikmati bantuan pelan data internet.
Sebanyak RM3.5 bilion telah diperuntukkan bagi menjayakan program ini.
Daripada jumlah keseluruhan tersebut, sebanyak RM 2 billion akan dibelanjakan oleh kerajaan manakala syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan pula akan memberi sumbangan tambahan berjumlah RM 1.5 bilion terutama dalam bentuk data percuma.
Manakala, kemudahan data 1GB percuma sebelum ini yang tamat pada 31 Disember 202 akan dilanjutkan sehingga bermulanya program subsidi Jaringan Prihatin.
SIAPAKAH YANG LAYAK TERIMA BANTUAN PROGRAM JARINGAN PRIHATIN?
- Semua warganegara Malaysia yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
- RM300 (diberikan secara penuh) untuk pakej peranti, atau
- RM15 sebulan untuk rancangan data bulanan selama 12 bulan.
- RM180 (diberikan secara penuh) untuk pakej peranti, atau
- RM15 sebulan untuk rancangan data bulanan selama 12 bulan.
1. Digi:
Daftar Celcom Jaringan Prihatin
4. Unifi
Daftar Unifi Jaringan Prihatin
Daftar Maxis Jaringan Prihatin
Soalan Lazim
Program Jaringan Prihatin adalah inisiatif oleh Kerajaan Malaysia di mana kira-kira RM2 bilion diperuntukkan untuk rakyat Malaysia yang memenuhi syarat untuk Bantuan Prihatin Rakyat (“BPR”), dalam bentuk pakej telco bersubsidi di dengan kerjasama Penyedia Perkhidmatan telekomunikasi.
Bantuan RM300 bagi pembelian peranti baru dan RM180 untuk pelan Internet.
Semua warganegara Malaysia yang memenuhi syarat untuk Bantuan Prihatin Rakyat layak untuk mengikuti program ini.
Pendaftaran untuk Program Jaringan Prihatin adalah dari 5 Mei 2021 hingga 31 Julai 2021.
Tidak. Subsidi Jaringan Prihatin terikat dengan Kad Pengenalan pelanggan dan tidak boleh dipindahkan ke individu lain.
Penebusan RM300 subsidi pakej peranti akan berakhir pada 31 Julai 2021.
Semua data peribadi yang disediakan untuk program ini adalah milik Kerajaan Malaysia dan dapat digunakan untuk tujuan rasmi Kerajaan.


0 Comments