Cara Semak & Mohon Online Telefon Pintar B40 2021



Teknologi amatlah penting buat masa ini ditambah pula dengan sesi pembelajaran online, pastinya telefon pintar merupakan perkara penting bagi setiap orang. Jadi, kami di SPKini ingin membantu anda untuk memudahkan anda semua untuk memohon bantuan yang diberikan.

Baru-baru ini, yayasan YTL foundation telah membuat penguguman berkenaan insiatif Belajar Dari Rumah atau Learn From Home Insiative yang dianjurkanya untuk memberi telefon pintar percuma kepada golongan B40.

Ini adalah tambahan kepada kad SIM YES 4G yang dilengkapi dengan bantuan data internet percuma 120GB selain pemberian sumber pelajaran kepada pelajar-pelajar sekolah kerajaan.

Telefon pintar percuma B40 ini ditawarkan oleh Yayasan YTL dengan kerjasama YTL Communications kepada pelajar-pelajar sekolah kerajaan dari keluarga B40 yang tidak memiliki sebarang telefon pintar bagi sesi pembelajaran di bawah talian.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara membuat permohonan tersebut, anda boleh ikuti perkongsian yang disediakan.

Cara Memohon Telefon Pintar B40

Borang pencalonan perlu diisi bagi para guru yang mewakili pelajar. Sebelum membuat pendafataran, sila sediakan maklumat tersebut.

  • Nama dan nombor kad pengenalan pelajar
  • Nombor kad pengenalan anda
  • Nama dan nombor kad pengenalan ibubapa
Pautan borang permohonan telefon B40 : https://appform.prod.frogdev.asia/
Soalan Lazim berkenaan bantuan : https://ytlfoundation.org/belajardarirumah-faq/

Untuk makluman, hanya guru sahaja yang boleh mencalonkan pelajar yang layak untuk menerima bantuan ini.

Kerjasama Guru Sekolah Diperlukan

Yayasan YTL memohon guru-guru sekolah kerajaan untuk memberi kerjasama membantu menyenaraikan nama pelajar yang layak untuk memastikan pemberian telefon pintar ini dapat kepada keluarga yang memerlukan.

Syarat Permohonan Telefon Percuma

Terdapat syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh guru semasa membuat permohonan:
  • Guru yang terlibat mencalonkan pelajar masih berkhidmat di sekolah rendah ataupun menengah kerajaan
  • Calon pelajar adalah daripada golongan keluarga B40
  • Calon pelajar itu mestilah merupakan pelajar sekolah di mana guru tersebut berehat.
  • Ibubapa pelajar dan guru berkenaan akan menerima notifikasi menerusi SMS dan emel bagi pencalonan yang berjaya.
Proses Pendaftaran

Ibubapa pelajar akan dimaklumkan sekiranya pencalonan berjaya. Seterusnya, untuk mendapatkan telefon pintar percuma serta data 120GB (10GB sebulan selama 12 bulan), pendaftaran hendaklah dilakukan oleh ibubapa.

a. Proses pendaftaran perlu diikuti oleh ibubapa serta maklumat terperinci dikemukakan dan memuat naik dokumen di bawah:
  1. Satu salinan MyKad ibubapa
  2. Satu salinan MyKad/MyKid pelajar
  3. Sebagai bukti status B40 atau dokumen sah yang boleh membuktikan status B40, mesti juga memuat naik bukti anda penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia.
b. Untuk mengelakkan penipuan dan mengesahkan kelayakan penerima, maklumat di atas diperlukan.

Penerimaan e-mel berkenaan penghantaran telefon akan diterima oleh ibubapa sebaik sahaja maklumat yang diberikan oleh ibubapa semasa pendaftaran telah disahkan.

Untuk memastikan proses pendaftaran berjalan dengan lancar, maklumat yang diisi hendaklah dipastikan tepat dan lengkap.

Cara Semak Telefon Pintar Percuma B40

Keputusan permohonan yang dibuat sebelum ini telah pun keluar. Untuk membuat semkaan sama ada lulus atau tidak, rujuk di bawah:


PERKARA

BUTIRAN

Semakan Online

https://lcs.yes.my/https://lcs.yes.my/

 


1) Klik pada pautan di atas, dan pilih inisiatif pilihan anda

 

 


2) Isi No Kad Pengenalan ibu bapa yang digunakan semasa proses pendaftaran sebelum ini

 

 


3) Masukkan Mykid pelajar sekolah (anak anda)

 

 


4) Tekan butang hantar untuk melihat semakan keputusan permohonan

 

Semakan Manual


(i) Keputusan permohonan akan dihantar melalui yang anda daftar semasa proses permohonan sebelum ini. Email tersebut akan memuat butiran termasuk apa langkah yang perlu dilakukan selepas itu termasuk berkongsi beberapa dokumen yang diperlukan

 

 

(ii) Anda perlu memuat naik beberapa dokumen seperti

 

– 1 copy mykad atau mykid


– 1 copy mykad mak ayah
– 1 copy surat bantuan sara hidup sebagai bukti anda adalah penerima BSH yang sah

 

Soalan Lazim (FAQ)


1. Bagaimana saya hubungi pihak YTL Foundation?

YTL Foundation (421570-A)
Level, Menara YTL
205, Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Emel: ytlfoundation@ytl.com.my
Hotline: 03-20380888

2. Adakah telefon yang diberikan ini boleh membuat panggilan?

Ya. BOLEH. Selain anda menikmati kemudahan keseluruhan internet percuma berjumlah 120GB untuk selama 12 bulan iaitu 10Gb setiap bulan.

Selain itu, anda boleh call secara percuma selama 60 minit ke talian YES atau talian lain yang sah selama 12 bulan atau setahun

Anda juga boleh hantar SMS secara percuma TANPA HAD untuk talian YES

3. Adakah telefon pintar percuma ini perlu dipulangkan semula selepas ini?

Tidak, jika samartphone ini telah diberikan kepada anda, ia akan menjadi hak milik anda sepenuhnya

4. Saya masih belum daftarkan anak saya untuk mohon bantuan ini? Masih boleh mohon lagi?

Ya. Masih boleh lagi. Dipersilakan. Sudah ramai yang telah berjaya dapat


p/s : Sebarkan Bantuan Telefon Percuma B40 yang ditawarkan ini kepada rakan-rakan anda. Semoga ada manfaat

Baca juga : 
Cara Mohon Atau Kemaskini BPR Menggunakan Borang

Post a Comment

0 Comments