Seperti yang diketahui sebelum ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menawarkan beberapa jenis bentuk bantuan buat para ibu bapa di luar sana. Bantuan ini bertujuan bagi meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh ibu bapa. Mulai tahun 2021, JKM akan mengubah bantuan dengan menaikkan jumlah bantuan yang ditawarkan dari sebelum ini.
Bantuan Lama :
- Seorang anak akan menerima maksimum RM 100.
- Jika anak lebih dari 4 orang akan menerima maksimum RM 450.
Bantuan Baru (2021)
- Kanak-kanak yang berumur 7 hingga 18 tahun akan mendapat RM 150 (sebulan) bagi seorang
- Kanak-kanak yang berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM 200 (sebulan) bagi seorang.
Syarat Kelayakan untuk Memohon
- Warganegara Malaysia
- Menetap di Malaysia
- Keluarga atau penjaga kepada anak berpendapatan tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), Purata Miskin Isi Rumah atau PGK Purata Miskin Per Kapita.
- Kanak-kanak berumur 18 tahun dan ke bawah.
Cara untuk Memohon
LANGKAH 1 (ONLINE)
- Layari laman web rasmi JKM http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
- Klik 'Daftar Permohonan Atas Talian'
- Sila baca terlebih dahulu makluman dan butiran yang perlu diisi.
- Anda perlu melengkapkan dua bahagian iaitu A dan B
- klik 'Keputusan', setelah anda melengkapkan kedua-dua bahagian tersebut dengan lengkap.
LANGKAH 2 (PEJABAT JKM)
- Apabila langkah 1 telah berjaya, anda perlu hadir ke Pejabat JKM mengikut kawasan yang dipohon.
- Anda perlu hadir dalam masa 14 hari selepas permohonan online dibuat.
Anda perlu datang ke pejabat JKM bersama beberapa dokumen penting seperti:
- Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
- Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
- Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
Bagi pemohon OKU, anda perlu sertakan sekali:
- Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
- Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)
Sumber : Portal Rasmi JKM

0 Comments