Hasil siasatan mendapati Zhang Ping, 26, mengalami Pneumothorax akibat daripada kebocoran paru-paru kiri yang mengecut sebanyak 90 peratus. lapor Mirror UK.
Menurut doktor, keadaan yang menimpa lelaki itu berpunca daripada pernafasan yang kuat ketika bersukan menggunakan topeng muka dan telah menyebabkan peparu mengalami tekanan.
Zhang dibawa ke Hospital Wuhan pada 7 mei lalu untuk mendapatkan rawatan susulan. Dia memberitahu bahawa dia telah mula berjogging 2 minggu lalu setelah kerajaan China menamatkan perintah berkurung akibat wabak Covid-19.
Pneumothorax adalah keadaan di mana udara terbentuk dalam rongga paru-paru. Ia berlaku akibat penyakit peparu kronik atau ketika prosedur perubatan seperti mengeluarkan cecair.
Boleh jadi secara spontan tanpa kecederaan, ia boleh menyerang individu yang tidak mempunyai penyakit peparu.
Pneumothorax spontan boleh berlaku pada lelaki tinggi dan kurs, berusia 20 hingga 4. tahun serta merupakan seorang perokok atau individu yang mempunyai sejarah keluarga.
Sumber: Mirror UK, My Health KKM
Sumber: Mirror UK, My Health KKM


0 Comments