Pemegang Kad UNHCR Rohingnya kekal sebagai PATI



"Malaysia adalah bukan negara pihak kepada konvension status pelarian 1951 atau protokol status pelarian 1967. Sekaligus negara ini tidak mempunyai rangka kerja perundangan dan pentadbiran yang mengawal status serta hak pelarian di negara ini.
Kerajaan tidak mengiktiraf status pelarian dan telah mengklasifikasikan mereka sebagai PATI yang memegang kad UNHCR."  - Menteri

Oleh itu, dalam situasi ini pemegang kad UNHCR terutamanya kes yang melibatkan pelarian Rohingnya adalah bersifat sementara sebelum mereka ditempatkan di negara ketiga.

Dalam hal yang demikian, pelarian Rohingnya yang memegang status UNHCR tidak ada sebarang keistimewaan seperti bumiputera tempatan. Untuk sebarang status hak dan asas yang dituntut oleh mereka kepada kerajaan adalah sama sekali tidak dibenarkan.

Setakat ini, seramai 101,584 PATI Rohingnya yang mendapat iktiraf kad UNHR telah meliputi hampir separuh daripada pemegang kad UNHCR di negara ini iaitu sebanyak 56.6% daripada jumlah keseluruhan pemegang kad UNHCR.

Post a Comment

0 Comments