Perkhidmatan imunisasi kepada murid sekolah untuk tahun ini masih diteruskan. Kali ini, boleh dibuat di klinik kesihatan kerajaan.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Dr. Noor Hisham Abdulah berkata, program perkhidmatan imunisasi tetap dijalankan meskipun sekolah-sekolah di seluruh malaysia tutup berikutan penularan wabak Covid-19.
"Perkhidmatan imunisasi kepada murid sekolah masih lagi diteruskan dan semasa tempoh penutupan sekolah pada tahun 2020, di mana perkhidmatan imunisasi ini akan diberikan di fasiliti kesihatan kerajaan seperti Klinik Kesihatan atau Klinik Kesihatan Ibu dan Anak atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan. Pada tahun 2020, keutamaan diberikan kepada pemberian imunisasi untuk murid Tahun 1."
Mengulas lanjut, beliau meminta kepada ibu bapa atau penjaga untuk membawa anak-anak yang berada dalam tahun 1 untuk medapatkan imunisasi di klinik kesihatan kerajaan yang terdekat apabila telah menerima jadual temujanji perkhidmatan imunisasi melalui pihak sekolah.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah mendapatkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam membantu untuk menyelaras pemaklumam kepada ibu bapa atau penjaga mengenai perkhidmatan imunisasi ini.
Ibu bapa khususnya dan masyarakat diminta untuk berkerjasama dengan KKM dan memainkan peranan masing-masing untuk mencegah penyakit berjangkit. Sokongan berterusan bagi program imunisasi daripada semua pihak adalah sangat penting demi melindungi kesihatan dan masa depan murid sekolah kerana mereka adalah aset negara.
Sumber - Halaman Rasmi KP Kesihatan



0 Comments