Perutusan Khas Perdana Menteri Petang Ini Tentukan Status PKPB






Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat Perutusan Khas jam 2 petang ini.

Perutusan Khas itu dijangka akan menyentuh berkaitan tentang status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan diteruskan ataupun tidak.

Perutusan Khas itu akan disiarkan di semua rangkaian televisyen TV3, RTM, Bernama TV dan Astro Awani serta di media sosial termasuklah Facebook, Twitter dan Youtube,

Walau bagaimanapun apa jua keputusan kerajaan, rakyat perlu tetap mematuhi dan membiasakan diri dengan mematuhi penjarakkan jarak sosial bagi mengelakkan daripada terus tersebarnya penularan Covid-19.

Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah diperkenalkan pada 4 Mei lepas memulihkan kembali ekonomi negara. Sebelum itu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan terlebih dahulu pada 18 Mac kerana virus Covid-19 telah tersebar dengan luas di seluruh dunia termasuk Malaysia. 

PKPB yang diperkenalkan oleh kerajaan telah membenarkan sektor ekonomi boleh beroperasi semula seperti pusat membeli belah dan restoran. Ekoran itu, orang ramai boleh keluar rumah tetapi harus mematuhi penjarakkan jarak sosial sepanjang tempoh PKPB.

Kita semua harus bekerjasama dan sentiasa membuat penjarakkan sosial serta elakkan bersesak di tempat awam. Sama-sama kita putuskan rantai Covid-19!!!

Sumber: Bernama

Post a Comment

0 Comments