PKP LANJUT atau TIDAK Diketahui Esok


Gambar : TheStar

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Institusi Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) akan diadakan petang ini bagi memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan perlu dilanjutkan atau tidak.


Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, beliau akan bertemu dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi esok untuk memberikan taklimat berkaitan dengan perkara itu.


Menurutnya, selepas taklimat itu, Perdana Menteri dijangka akan mengumumkan keputusan kepada rakyat mengenai status PKP.


Pada 4 April lalu, Dr Noor Hisham berkata, keputusan syor daripada KKM akan ditentukan dengan menggunakan data kes yang direkodkan dalam tempoh itu sebagai garis panduan untuk keputusan PKP dilanjutkan atau tidak.



“KKM akan menggunakan data kes yang direkodkan dalam tempoh itu sebagai garis panduan untuk tindakan selanjutnya.
“Kita harap menjelang 10 April, data (kes) sudah ada untuk kita buat keputusan sama ada melanjutkan PKP atau sebaliknya. Kita memerlukan data untuk membuat keputusan.
“Saya boleh membuat jangkaan tetapi realitinya kita perlu melihat kepada fakta dan sains,” katanya pada sidang akhbar harian sebelum ini.
Sebelum ini, PKP fasa pertama dilaksanakan bermula 18 Mac hingga 31 Mac lalu, disambung fasa kedua bermula 1 April hingga 14 April ini.

Sumber: Harian Metro

Post a Comment

0 Comments