Rentas Daerah Untuk Sambut Raya Dibenarkan



Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa tempoh Perintah Pergerakan Kawalan Bersyarat (PKPB) disambung untuk tempoh 4 minggu lagi sehingga 9 Jun 2020 dalam sidang media Perutusan Khas yang berlangsung sebentar tadi.

Menyedari bahawa terdapat hari perayaan yang akan tiba tak lama lagi, beliau telah mengumumkan ucapan khas. Termasuk Hari Raya Aidilfitri tak lama lagi, beliau telah menyatakan bahawa perayaan bagi dalam negeri sahaja dibenarkan. Ini bermaksud bahawa rakyat boleh merentas daerah dalam negeri untuk berkunjung ke rumah saudara yang terdekat sahaja. 

Namun, beliau menegaskan tentang aktiviti mengunjung hanya dibenarkan 20 orang sahaja dalam satu-satu masa bagi mengelakkan penularan serta penjarakkan sosial mesti diamalkan semasa aktiviti mengunjung tersebut.

Sumber: Bernama

Baca Juga: PKPB Disambung Untuk Tempoh 4 Minggu Lagi


Post a Comment

0 Comments