Restoran Boleh Beroperasi Semula Mulai 4 Mei Dengan Bersyarat


Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa restoran boleh beroperasi semula bemmula 4 Mei ini.
Dalam Perutusan Khas Perdana Menteri sempena Hari Pekerja, beliau memaklumkan bahawa pengusaha restoran dibenarkan untuk beroperasi semula mulai Isnin depan.
“Mulai 4 Mei ini, iaitu hari Isnin minggu depan, Pak Saleh yang saya sebutkan dalam ucapan saya yang terdahulu, boleh buka semula restoran yang ditutup.” katanya.
Walau bagaimanapun, beliau menegaskan setiap restoran perlu mengikuti setiap SOP yang dikeluarkan kerajaan bagi mengekalkan amalan penjarakkan sosial.
Antara SOP-SOP yang dimaksudkan ialah:
  1. Letak notis di setiap meja untuk bilangan pelanggan
  2. Buatkan garisan di lantai depan kaunter pembayaran
  3. Sediakan ‘hand sanitizer’ di kaunter pembayaran
  4. Beli penyembur pembersih dengan mencukupi
  5. Beli facemask untuk pekerja
  6.  Periksa suhu badan pelanggan
  7. Catat nama, nombor telefon dan tarikh pelanggan
Walau bagaimanapun, Perdana Menteri juga menyatakan  sekiranya berasa masih ragu-ragu, adalah lebih baik untuk tidak makan di kedai dan hanya membungkus makanan.



Sumber: Harian Metro


Post a Comment

0 Comments