Sekolah Boleh Dibuka Dalam Masa Terdekat - Minit Semasa


"Jika dulu pelajar boleh dimuatkan 35 orang, selepas ini mungkin hanya 16-17 orang sahaja dapat dimuatkan dalam satu kelas bagi menjaga penjarakan sosial. ini merupakan suatu cabaran buat kementerian pendidikan agar sesi pembelajaran dapat dijalankan dalam masa yang sama SOP daripada KKM dapat dipatuhi" - Menteri Kanan Pendidikan

Oleh itu, kementerian pendidikan kini dalam usaha untuk merangka prosedur operasi standard (SOP) pasca covid-19 apabila sesi persekolahan dibuka semula.

"KPM akan memberi peluang kepada pelajar tingkatan 5 dan 6 dahulu untuk proses pemantauan sama ada SOP dapat dipatuhi dengan baik atau tidak. Pihak kementerian juga akan memastikan kelancaran dalam pembelajaran dapat berjalan lancar walaupun norma baharu dan cara pembelajaran berbeza di amalkan kelak" - menteri kanan pendidikan

Oleh hal yang sedemikian, dalam program soal rakyat wawancara khas bersama menteri kanan pendidikan itu, beliau berkata pihak guru juga perlu bersedia mental dan fizikal dalam menghadapi norma baharu dalam pembelajaran.

Warga pendidik juga perlu memastikan pelajar sentiasa bermotivasi setelah sekian lama tidak hadir ke sekolah.

Baca Juga: Covid-19 Kembali Merebak di China

Post a Comment

0 Comments