PERHATIAN!!!

Kepada pemohon bantuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bagi Permohonan Baru dan Rayuan, anda boleh menyemak keputusan permohonan mulai 9 Mei 2020 bersamaan hari Sabtu. Status Permohonan boleh disemak secara atas talian (Online) di laman sesawang rasmi Lembaga Hasil atau anda boleh klik "Semakan BPN" untuk membuat semakan tersebut.

Menurut FAQ BPN, pembayaran bagi permohonan baru dan rayuan BPN akan dikreditkan sekaligus bermula daripada 15 Mei sehingga 20 Mei 2020 secara berperingkat.

Dalam kenyataan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, hampir dua juta permohonan baharu dan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) telah diluluskan membabitkan julah sebanyak RM1.5 bilion.


Bagi anda yang berstatus gagal dalam permohonan baharu atau rayuan BPN, anda tidak boleh lagi membuat rayuan kerana keputusan adalah muktamad.


MAKSUD STATUS PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

Status ‘DALAM PROSES’ atau ‘DALAM PROSES RAYUAN’ adalah merujuk kepada permohonan baharu atau rayuan BPN yang telah diterima dan sedang dalam proses semakan bagi menentukan kelayakan.

TARIKH DAN BAYARAN BPN BAGI PERMOHONAN BARU DAN RAYUAN

Tarikh pembayaran dan semakan BPN Fasa Kedua akan bermula 4 Mei 2020 iaitu pada hari Isnin. Manakala, bagi permohonan baharu dan rayuan Bantuan Prihatin Nasional akan dikreditkan secara berperingkat mulai 15 Mei hingga 20 Mei 2020.
  • B40/ Bujang: 4 Mei hingga 13 Mei 2020
  • M40: 13 Mei hingga 15 Mei 2020
  • Baharu/ Rayuan: 15 Mei hingga 20 Mei 2020
Sekiranya ppaparan di Portal BPN menunjukkan Tiada Akaun atau status pengkreditan adalah Gagal Kredit, pembayaran akan dilakukan secara penunaian di Kaunter Bank Simpanan Nasional sahaja. Penunaian boleh dibuat dengan membawa MyKad dan Nombor Siri yang dipaparkan pada Maklumat Pembayaran di Portal BPN.

CARA BAYARAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

Bagi anda yang mempunyai akaun bank akan terus dimasukkan ke akaun masing-masing. Manakala yang tidak memiliki akaun bank, anda boleh perlu menyemak nombor siri BPN untuk menunaikan Bantuan Prihatin Nasional di kaunter Bank Simpanan Nasional.

SEBAB PERMOHONAN BPN BERSTATUS TIDAK LULUS

Keputusan yang dipaparkan adalah muktamad dan kekal. Semakan kelulusan di kategori kan sebagai Tidak Lulus berdasarkan beberapa alasan berikut :

1. Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan had umur pemohon.

2. Semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon atau pasangan melebihi RM8,000

3. Semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon melebihi RM4,000

4. Pemohon merupakan pelajar.

5. Tidak layak kerana pemohon atau pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data agensi SSM. Walau bagaimanapun pemohon boleh memohon Geran Khas Prihatin melalui Portal GKP jika berkelayakan.

6. Status kahwin dengan maklumat yang sama.


SOALAN LAZIM BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

1. Adakah saya boleh mengemukakan rayuan sekiranya permohonan saya berstatus ‘Tidak Lulus’?
Tidak. Kelulusan yang dipaparkan di Portal BPN adalah kekal dan muktamad. Buat masa ini, rayuan ke atas permohonan BPN yang berstatus Tidak Lulus belum diputuskan oleh kerajaan.
2. Saya tidak berjaya membuat permohonan baharu atau rayuan BPN. Adakah saya masih berpeluang membuat permohonan?
Tidak permohonan BPN telah berakhir pada 30 April 2020 dan tiada lanjutan tarikh permohonan.