[Terkini] Covid-19 : 122 Kes Baharu, 70 Kes Tempatan

Gambar : Sinar Harian


Setakat jam 12 tengahari Ahad (03 Mei 2020), sebanyak 122 kes positif baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 6,298.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media Perkembangan Covid-19 sebentar tadi.

Daripada 122 kes baharu, 52 kes merupakan kes import dan selebihnya ialah kes tempatan. 

Dukacita dimaklumkan pertambahan 2 kes kematian yang menjadikan keseluruhan kes kematian sebanyak 105 orang.



Sumber: KKMPutrajaya

Post a Comment

0 Comments