Dalam satu sidang media berkaitan Perkembangan Terkini Covid-19 di Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah mengumumkan pertambahan kes baharu positif Covid-19.
Sumber : KKMPutrajaya
Manakala, Jumlah kes aktif Covid-19 adalah 1,747 kes. Daripada jumlah 105 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 11 kes adalah kes import.
Sehingga kini seramai 31 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 12 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Tiada kes kematian baharu Covid-19 setakat ini dan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 kekal sebanyak 103 kes (1.67 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).



0 Comments