[TERKINI] Covid-19: Kes Sembuh Meningkat Berbanding Kes Baharu, 1 Kematian Direkodkan


Melalui infografik yang dimuat naik di laman Twitter Rasmi @KKMPutrajaya berkenaan laporan harian Covid-19, kes baharu telah dicatatkan sebanyak 54 kes iaitu 1 kes merupakan kes import dan selebihnya kes tempatan menjadikan kes keeluruhan Covid-19 sebanyak 6,589. 

Jumlah kes sembuh baharu pula mencatatkan peningkatan iaitu sebanyak 65 kes sembuh baharu menjadikan keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,929. 

Dukacita, terdapat pertambahan 1 lagi kes kematian menjadikan keseluruhan kes kematian sebanyak 108 orang.

Hal ini menjadikan, jumlah kes aktif menurun kepada 1,552 kes, Jumlah kes ICU sebanyak 18 orang dengan 6 orang diberi alat bantuan pernafasan. 


Sumber: KKMPutrajaya

Post a Comment

0 Comments