Senarai Tempat Awam Yang Diwajibkan Memakai Pelitup Muka

Sumber gambar : Bernama

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Mior Faridalathrash Wahid telah menyenaraikan tempat-tempat awam yang diwajibkan memakai pelitup muka. Beliau berkata kepada Bernama bagi menjawab kekeliruan orang ramai mengenai perkara tersebut.

Berikut adalah tempat-tempat awam yang diwajibkan memakai pelitup muka:

  1. Masjid, surau dan rumah ibadat
  2. Majlis sosial
  3. Pengangkutan awam seperti bas, kereta api, kapal terbang dan van sekolah
  4. Hospital dan klinik
  5. Pasar awam dan pasar tani
  6. Pawagam
  7. Kompleks beli-belah, pasar raya, kedai runcit, stesen minyak
  8. Restoran
  9. Bengkel
  10. Kedai gunting rambut dan salun kecantikan
  11. Pusat hiburan keluarga
  12. Mana-mana tempat awam yang sesak.
Kerajaan telah menguatkuasakan pemakaian pelitup muka secara wajib di tempat awam yang sesak mulai 1 Ogos di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

"Mana-mana individu awam yang melanggar akta tersebut akan dikenakan tindakan kompoun sehingga RM1,000," katanya.

Sumber : Bernama

Post a Comment

0 Comments