Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Secara Pentadbiran (PKPD) di Daerah Kota Setar yang dilaksanakan bermula 11 September lalu akan berkahir hari ini, 25 September 2020.
Namun, disebabkan penularan kes Covid-19 di Rumah Pangsa Tongkang Yard (Seberang Perak), Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD secara bersasar di kawasan tersebut sehingga 7 Oktober 2020 ini.
Setakat 24 September 2020, penilaian risiko yang dijalankan oleh KKM mendapati masih terdapat tempat yang berisiko iaitu di Rumah Pangsa Tongkang Yard yang melibatkan 5 buah rumah.
Menerusi laman Facebook rasmi Majlis Keselamatan Negara, PKPD bersasar di rumah pangsa tersebut akan dikuatkuasakan sehingga 7 Oktober 2020.
Perlanjutan tersebut dapat membantu pihak KKM untuk melakukan saringan kali kedua kepada penduduk kawasan tersebut.
Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Lama turut ditutup bermula esok, 26 September sehingga 9 Oktober 2020.
Sehubungan itu, pihak PDRM dan ATM akan membuat kawalan pergerakan di lokasi tersebut bagi memastikan penduduk di kawasan tersebut sentiasa mematuhi SOP dan Perintah Kuarantin di rumah masing-masing.
Sumber : Majlis Keselamatan Negara


0 Comments