TERKINI : Senarai Bantuan Prihatin Nasional 2.0




Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pakej rangsangan baharu yang dikenal sebagai "KITA PRIHATIN" sebentar tadi. Pakej ini bertujuan bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan terutama mereka yang terjejas pendapatan ketika ini.

Pelbagai pakej telah diumumkan oleh kerajaan bagi membantu rakyat di negara ini. Bantuan Prihatin Nasional 2.0 melibatkan belanjawan sebanyak RM7 Bilion dengan sasaran 10.6 Juta Penerima di seluruh Malaysia.



Berikut adalah jumlah bantuan BPN 2.0 mengikut isi rumah masing-masing.

  • Pertama RM1000 Kepada 3.7 juta isi rumah B40
  • Kedua RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 Bujang
  • Ketiga RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40
  • Keempat RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 Bujang

Bayaran akan dibuat sebanyak dua ansuran pada

  • Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, pertamanya pada hujung bulan Oktober 2020 dan keduanya, pada bulan Januari 2021, Bagi Golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober adalah sebanyak RM700 dan keduanya, pada bulan Januari 2021 adalah sebanyak RM300

Cara Mohon

  • Tiada permohonan baru perlu dibuat untuk mendapakan bantuan BPN 2.0. Kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah LULUS dibawah BPN sebelum ini.
  • Bagi mereka yang LAYAK tetapi tidak pernah menerima BPN, kerajaan akan memberi peluang untuk RAYUAN dan PERMOHONAN BAHARU.

Sumber Rasmi : Perdana Menteri Muhyiddin Yassin

Post a Comment

0 Comments