SOP PKPB telah dikemaskini oleh Majlis Keselamatan Negara nagi memudahkan urusan pelbagai pihak. Pusat jagaan/ asuhan kanak-kanak (Tadika/ Tabika/ Taska) dibenarkan beroperasi bagi penjagaan anak-anak frontliners dan ibubapa/penjaga yang bekerja dengan kebenaran beroperasi oleh Kementerian/ Agensi Berkaitan.
Antara SOP lain yang telah dikemaskini ialah bagi kategori ruangan pendidikan. Kelas tuisyen, kelas muzik, kelas mengaji berbayar, kelas Bahasa berbayar dan sebagainya telah disenaraikan dalam aktiviti yang tidak dibenarkan.
Sementara itu, Ruangan Protokol Pendidikan termasuk pekerja, pembekal dan pelanggan diwajibkan memakai pelitup muka dengan betul mengikut saranan KKM ketika berada di premis. Ini bermakna pemakaian pelitup muka di dagu atau hanya menutup mulut adalah satu kesalahan.
Berikut adalah senarai kemaskini SOP baru yang telah dimuat naik di laman rasmi facebook MKN.

0 Comments