RASMI : PERMOHONAN PENGELUARAN AKAUN -1 SEHINGGA RM60,000 DIBENARKAN

Kuala Lumpur 16 November: Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terjejas disebabkan kehilangan pekerjaan, cuti tanpa gaji dan terbabit dalam sektor tidak formal boleh memohon pengeluaran pendahuluan hingga RM60,000 daripada Akauan 1.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias, bagi ahli yang mempunyai simpanan dalam akaun 1 di bawah RM90,000 boleh memohon pendahuluan hingga RM90,000, lapor Brita Harian. 

Permohonan boleh dibuat bermula Disember 2020. 

"Seramai 2 juta ahli bakal menerima manfaat ini dengan anggaran RM14 bilion. Pihak KWSP akan memberikan pendahuluan kepada mana-mana ahli yang terjejas. Jumlah yang diberikan itu perlulah dibayar semula apabila mereka telah mendapatkan pekerjaan dan mula melakukan caruman semula. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala selama tempoh enam bulan" kata Tunku Alizakri Alias.

Manakala, bagi baki simpanan Akaun-1 yang melebihi RM90,000, bayaran pendahuluan pertama adalah maksimum sebanyak RM10,000 sahaja.

Berikut adalah kenyataan penuh dari pihak KWSP:










Post a Comment

0 Comments