Inidividu yang ingin mengisi minyak di stesen minyak tidak perlu mengimbas aplikasi MySejahtera. Ini termasuk kepada yang membuat pembayaran menggunakan kad kredit, debit atau aplikasi di pam tersebut (bukan kepada juruwang di dalam kedai).
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia adalah antara beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang telah dijelaskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan isu pengimbasan aplikasi MySejahtera ataupun secara manual ketika berada di stesen minyak.
Menurut beliau, individu yang ingin mengisi angin tayar di stesen minyak untuk mengisi angin tayar juga tidak perlu mendaftar.
Bagaimanapun, individu yang memasuki kedai (melakukan pembayaran di dalam kedai, membeli barangan dalam kedai, atau mengeluarkan duit melalui mesin ATM), mereka perlu mengimbas MySejahtera atau pendaftaran secara manual.
Bagi mereka yanng datang untuk mencuci atau membaiki kereta di bengkel bersebelahan , menggunakan tandas dan surau, perlu membuat pendaftaran.
Namun, individu yang menggunakan perkhidmatan cuci kereta automatik tidak perlu membuat membuat pendaftaran jika membayar melalui tingkap sahaja.
SUMBER : MKN


0 Comments