Ketika ini, boleh dikatakan setiap orang mempunyai laptop masing-masing. Ini termasuklah setiap pelajar universiti yang wajib ada laptop sendiri. Tak kisahlah laptop lama atau baru, laptop adalah satu keperluan buat zaman sekarang.
Ditambah pula dengan keadaan wabak pandemik COVID-19 yang melanda sekarang ini, pelajar ataupun golongan bekerja perlu menggunakan laptop atau komputer untuk membuat kelas atau perjumpaan secara dalam talian. Jadi kamera pada laptop amat diperlukan ketika ini.
Kini, anda tak perlu berbelanja lebih untuk membeli portable WebCam. Telefon anda sendiri boleh menggantikan WebCam laptop anda. Boleh juga diguna pakai untuk komputer yang tiada WebCam.
Cara Jadikan Telefon Sebagai WebCam Komputer.
1. Download aplikasi Iriun WebCam (di sini) .
Anda perlu memilih OS yang anda gunakan di Laptop anda.
2. Setelah download, buka folder tersebut. Ikut langkah ini ketika install Iriun Webcam
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua. Selamat Mencuba!




0 Comments