Tarikh Cuti Umum Negeri Kedah bagi Tahun 2021

Kita dah masuk penghujung tahun 2020. Pastinya banyak rancangan aktiviti kita terpaksa dilupakan akibat daripada pandemik Covid-19. Keadaan pada tahun 2020 ini amat sukar kerana kita perlu duduk di rumah sahaja bagi mengelak berlakunya penularan wabak pandemik Covid-19.

Pastinya kita ingin merancang kembali perjalanan kita pada tahun 2021 ini. Jadi kita perlu meniliti  kembali cuti-cuti umum yang diberikan.

Berikut ialah tarikh cuti umum bagi negeri Kedah:

1. Tahun Baru Cina : 12 - 13 Februari 2021

2. Israk dan Mikraj (#) : 11 Mac 2021

3. Awal Ramadan : 13 April 2021

4. Hari Pekerja : 01 Mei 2021

5. Hari Raya Puasa (*) : 13-14 Mei 2021

6. Hari Wesak : 26 Mei 2021

7. Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong : 07 Jun 2021

8. Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman (#) : 20 Jun 2021

9. Hari Raya Qurban (#*) : 20 - 21 Julai 2021

10. Awal Muharram (Maal Hijrah) : 10 Ogos 2021

11. Hari Kebangsaan : 31 Ogos 2021

12. Hari Malaysia : 16 September 2021

13. Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W : 19 Oktober 2021

14. Hari Deepavali (*) : 04 November 2021

15. Hari Krismas : 25 Disember 2021



i) Jika mana-mana Hari Kelepasan Am Negeri jatuh pada hari Jumaat atau hari kelepasan yang lain, maka hari itu digantikan dengan hari berikutnya, dan jika hari demikian adalah sememangnya hari kelepasan am, maka hari berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am.

ii) Jika Hari Kelepasan Am negeri itu jatuh pada hari sabtu, maka hari itu juga adalah merupakan Hari Kelepasan Am Negeri dan tidak boleh diganti pada hari-hari lain.


CATATAN :

(*) Tertakluk kepada perubahan

(#) Hari Kelepasan Am Negeri



Post a Comment

0 Comments