Gambar : Astro Awani
Sungai Petani: Seorang pekerja buruh syarikat pembersihan mengaku bersalah atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya yang berusi 64 tahun pada Mei tahun lepas. Tertuduh memberi alasan tidak sengaja melakukan perbuatan itu.
Tertuduh, Mohammad Shazril Aiman Sharif, 22, mengaku selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen Sungai Petani, Azman Abu Hassan, pada Isnin.
Merujuk kertas pertuduhan, tertuduh memberi alasan bahawa tidak sengaja membunuh ibu kandungnya, Jamilah Mat, 64, di Kampung Kurnia Jaya lebih kurang 7.45 malam 26 Mei tahun lepas.
Oleh yang demikian, tertuduh telah didakwa kerana telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 304(B) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dibawah seksyen yang sama.
Tertuduh boleh dihukum sepuluh tahun penjara atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Hakim, Azman Abu Hassan menetapkan 8 Februari 2021 untuk menetapkan tarikh hukuman ke atas tertuduh. Sebarang jaminan juga tidak ditawarkan oleh pihak mahkamah.
Galvin Loo Wei Ming, Timbalan Pendakwaraya telah mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh tidak diwakili sebarang peguam.
Sumber : Astro Awani

0 Comments