Sejak 2012 lagi pada awal tahun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memebrikan bantuan 0ne-off kepada murid sekolah rendah dan menengah.
Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Bantuan yang mula diperkenalkan pada tahun 2012 ini bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa atau penjaga untuk perbelanjaan persekolahan anak-anak pada setiap awal tahun.
Kadar Bantuan
Jumlah Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ialah RM 100 bagi setiap orang murid. Bantuan ini ialah secara one-off sahaja untuk setiap tahun.
Oleh itu, jika anda memiliki 3 orang anak dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, anda bakal menerima RM 300 bagi 3 orang anak.
Syarat Kelayakan
Pemberian BAP kepada murid-murid diberikan berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
- Pendapatan kasar bulanan isi rumah / ibu bapa murid hanyalah RM 3,000 dan ke bawah sahaja mengikut tahun semasa.
- Murid haruslah warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan oleh JPN)
- Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa)
Bantuan Ini Diberikan Kepada Anak-Anak Yang Bersekolah Kerajaan Dari :
Sekolah Rendah
- Darjah 1
- Darjah 2
- Darjah 3
- Darjah 4
- Darjah 5
- Darjah 6
Sekolah Menengah
- Tingkatan 1
- Tingkatan 2
- Tingkatan 3
- Tingkatan 4
- Tingkatan 5
Cara Memohon SBP
Ibu bapa atau murid tidak perlu memohon kerana pihak sekolah akan tentukan senarai nama yang layak menerima bantuan.
Kepada murid yang layak akan menerima borang dan ibu bapa perlu isi borang tersebut. Pembayaran akan terus dikreditkan terus ke akaun atau secara tunai.
Perhatian!
Kepada ibu bapa yang merasakan bahawa anak mereka layak menerima bantuan BAP ini tetapi tiada dalam senarai yang dikeluarkan oleh pihak sekolah, anda perlu merujuk terus dengan guru kelas atau pihak sekolah.

0 Comments