Cara Mohon Atau Kemaskini BPR Menggunakan Borang

Selain daripada membuat permohonan online, anda juga boleh membuat permohonan secara manual dengan mengisi borang yang disediakan oleh LHDN dan Kementerian Kewangan

Permohonan Baru BPR

Permohonan ini terbuka kepada semua golongan yang tidak pernah terima Bantuan Sara Hidup 2020 (BSH) 2020) atau Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) yang mempunyai pendapatan RM 5,000 dan ke bawah bagi Kategori Isi Rumah

Bagi Kategori Bujang, perlu mempunyai pendapatan RM 2,500 dan ke bawah.

Adakah Anda Kategori Yang Layak Memohon Isi Rumah dan Bujang?

1) Kategori Isi Rumah

  • Sudah berkahwin
  • Ibu bapa tunggal/ balu/ janda/ duda yang ada anak
  • Orang Kurang Upaya (OKU) yang berumur 60 tahun dan ke atas
2) Kategori Isi Rumah
  • Status bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas.
  • Ibu atau bapa tungga;/ balu/ janda / duda yang tiada anak.
  • Orang Kelainan Upaya yang berumur 18 hingga 59 tahun.



Panduan Permohonan Secara Manual
  1. Anda pelu memuat turun dan cetak borang permohonan. Dapatkan borang di sini.
    https://bpr.hasil.gov.my/Download/Borang/BorangPermohonanBPR2021(BK-01).pdf
  2. Pada kotak "Kategori Permohonan" anda perlu isikan nomboi "1" unutk permohonan baru.
  3. Anda perlu isi Bahagian A yang merangkumi maklumat peribadi, Bahagian B yang melibatkan maklumat pasangan, Bahagian C yang merangkumi maklumat anak, Bahagian D iaitu maklumat wakil dan Bahagian E yang merupakan perakuan pemohon. Anda haruslah masukkan maklumat yang sahih sahaja.
  4. Anda perlu tinggalkan atau jangan tulis di bahagian 'Akaun Penerimaan BPR' dan 'Untuk Kegunaan Pejabat'.
  5. Borang permohonan haruslah ditulis dengan SEMUA HURUF BESAR dan boleh dihantar terus cawangan LHDNM / UTC berdekatan anda.
Permohonan Kemaskini BPR

Permohonan ini terbuka kepada semua golongan yang pernah menerima Bantuan Sara Hidup 2020 (BSH 2020 atau Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) yang mempunyai pendapatan RM 5,000 dan ke bawah bagi Kategori Isi Rumah.

Anda perlu membuat kemaskini jika;

1. Status Perkahwinan telah berubah

Sekiranya anda masih bujang ketika menerima BSH 2020 dan BPN 2.0, namun kini anda telah berkahwin. Anda perlu membuat kemaskini.

2. Nombor telefon berubah

3. Akaun bank berubah

Panduan Kemaskini Secara Manual

  1.  Anda pelu memuat turun dan cetak borang permohonan. Dapatkan borang di sini.
    https://bpr.hasil.gov.my/Download/Borang/BorangPermohonanBPR2021(BK-01).pdf
  2. Pada kotak "Kategori Permohonan" anda perlu isikan nomboi "2" unutk permohonan baru.
  3. Anda perlu mengemaskini sekiranya terdapt perubahan maklumat seperti yang dinyatakan.
  4. Anda perlu tinggalkan ruangan atau jangan tulis apa-apa di bahagian "Akaun Penerimaan BPR" dan "Untuk Kegunaan Pejabat"
  5. Borang permohonan mestilah ditulis dengan SEMUA HURUF BESAR dan boleh dihantar terus ke cawangan LHDN / UTC yang terdekat.


    Post a Comment

    0 Comments