Pada masa ini, pasti ada di kalangan kita sedang mengalami keadaan yang agak kurang berkemampuan dari segi kewangan. Dapat dilihat pada beberapa hari lepas dimana seorang ibu terpaksa mencuri beberapa barang asas untuk budak-budak kecil seperti susu dan lamping kerana tiada wang untuk membelinya. Kejadian sebegini bertambah buruk kerana berlakunya pelbagai cabaran sehingga sebilangan besar pekerja terpaksa dibuang kerja.
Tahun 2021, ialah tahun untuk kita bangkit semula dari peperangan ekonomi yang merundum sejak akhir-akhir ini. Namun, awal Januari sahaja negara kita terpaksa melaksana Perintah Kawalan Pergerakan sekali lagi.
Kita hampir pernah "Menang" untuk memerangi wabak pandemik Covid-19 yang tidak diketahui dimana keberadaannya. Pastinya setiap harinya kita menunggu infografik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk melihat jumlah kes baru yang dilaporkan. Sehingga kita pernah berasa gembira melihat angka 0 kes baru yang direkodkan.
Tetapi, itulah hanyalah gimik dan belum berakhir. Gelombang ketiga melanda negara dengan lebih dahsyat sehingga kita dapat ribuan kes harian positif COVID-19 dicatatkan. Dan, negara kita telah melepasi kes beberapa negara besar lain seperti China.
PORTAL MANFAAT
Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan telah membangunkan laman web rasmi Portal Manfaat, untuk memudahkan rakyat mengakses senarai bantuan yang disediakan dan dapat dimohon.
CARA SEMAK SENARAI BANTUAN DI PORTAL MANFAAT
1. Layari laman web atau klik pautan ini https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/
2. Klik "Belanjawan 2021"
4. Jika anda memilih "Individu dan Isi Rumah", anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan.
5. Setelah selesai, klik "Teruskan".

0 Comments