Kuala Muda : Anggota Polis sudah meletakkan papan tanda amaran berhubung dengan penutupan Jambatan Kuala Lesong sebelum berlakunya kemlangan membabitkan seorang penunggang motosikal pada Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata demikian untuk memberi penjelasan sejurus tular di laman sosial tentang kemalangan tersebut.
Dalam kejadian awal pagi itu, seorang pembantu Pegawai Perubatan Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani cedera parah akibat terlanggar tembok pengadang jalan yang diletakkan di Jalan Bukit Selambau-Kuala Lesong bagi menghalang pergerakan rentas daerah berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Beliau berkata, penunggang motosikal lelaki yang berusia 43 tahun itu kemalangan ketika menunggang motosikal jenis Yamaha LC dari arah Felda Teloi Kanan menghala ke Sungai Petani.
Mangsa cedera di lutu selepas terlanggar tembok pembahgai jalan di tengah laluan sebaik tiba di kawasan Jambatan tersebut.
"Akibat jarak terlalu dekat, mangsa tidak sempat menekan brek dan terus merempuh pembahagi jalan itu sehingga mengalami kecederaan parah impak pelanggaran kuat.
"Polis mendapati terdapat papan tanda 'Awas' dan papan tanda pemakluman ‘Jalan Ditutup’ di jalan dari arah Baling iaitu lebih kurang satu kilometer sebelum jalan yang ditutup itu," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Selain itu, pihaknya mendapati terdapat lima lagi papan tanda yang diletakkan sebagai tanda amaran sebelum sampai ke kepala jambatan yang ditutup tersebut.
"Siasatan mendapati mangsa telah melepasi jalan yang ditutup di kepala jambatan yang hanya dibuka untuk penunggang motosikal. Dia juga mengakui nampak halangan kedua di hujung jambatan yang hanya dibuka untuk laluan motosikal.
"Malah, mangsa mengaku telah lalai yang menyebabkan terlanggar pengadang simen tersebut," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sumber: Sinar Harian

0 Comments