Ramai tertipu dengan lokasi tarikan pelancong yang dipalsukan, Pengunjung dari jauh pulang dengan kecewa...


Pastinya hujung tahun ramai orang yang ingin mengambil kesempatan untuk bercuti atau keluar bersiar bersama-sama keluarga untuk dijadikan kenangan sebelum masuknya tahunbaru.

Memandangkan negara kita masih lagi mengenakan kawalan ketat PKPP, ramai yang memtuskkan untuk bercuti di dalam negara sahaja. Malaysia juga mempunyai banyak tempat-tempat menarik yang menjadi tarikan kepada pelancong.

Malah, baru-baru ni tular gambar di media sosial tentang aktiviti pelancongan di Pulau Langkawi yang dikatakan sesak oleh ribuan pelancong yang datang. Ini membuktikan bahawa pengunjung amat memerlukan tempoh bercuti untuk merehatkan minda setelah sepanjang tahun terpaksa duduk di rumah sahaja.


Oleh itu, terdapat beberapa lokasi yang tarikan pelancong yang menjadi tarikan netizen untuk dikunjungi bersama keluarga dan rakan-rakan.

Sebuah perkongsian oleh akaun Twitter yang memaparkan tempat OOTD yang dikatakan tidak diketahui orang ramai yang didakwa terletak di Sungai Petani, Kedah.

Berikutan perkongsian itu, ramai yang mula mencari kawasan yang dikatakan terletak berhampiran sawah padi di belakang Taman Padimas, Sungai Layar untuk bergambar.

Namun, agak mengecewakan bahawa tempat yang diviralkan itu tidak wujud. beberapa penduduk Taman Padimas berkongsi di Twitter begaimana ramai yang datang ke taman mereka dan bertanyakan di mana tempat OOTD tersebut.

Pendedahan dibuat bahawa kawasan tersebut sebenarnya adalah sebuah taman hiburan yang terletak di Huay Tueng Thao Lake, Thailand.

Semoga kita mengambil iktibar dari kejadian ini untuk memikirkan dulu kesannya jika ingin berkongsi sesuatu walaupun hanya untuk suka-suka sahaja.

Jom like dan follow kami di FB SPKini !!!

Post a Comment

0 Comments