RASMI : Jambatan Semeling Ditutup Sementara Bagi Pelaksanaan PKP


Kuala Muda : Ibu Pejabat Polis daerah Kuala Muda telah mengeluarkan pemberitahuan tentang penutupan jalan di daerah tersebut. Menerusi laman rasmi Facebook Polis Daerah Kuala Muda, jalan yang terlibat sebanyak 1 jalan iaitu Jalan Jambatan Semeling yang menghubungkan Sungai Layar dan Semeling.

Penutupan jalan ini akan bermula pada tengah malam ini 12.01 tengah malam 22 Januari 2021 hingga tamat tempoh PKP.

Oleh itu, pengguna jalan raya dari arah Tanjung Dawai, Merbok, dan Semeling dinasihatkan untuk menggunakan jalan alternatif melalui Jalan Utama Semeling Bedong untuk ke Gurun dan Pusat Bandar.

Diharapkan semua pengguna jalan raya dapat memberi kerjasama serta mematuhi arahan daripada pihak polis bagi melancarkan pergerakan lalulintas.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh berhubung bilik gerakan COVID-19 IPD Kuala Muda di talian 044299058.

Sumber : Polis Daerah Kuala Muda




PEMBERITAHUAN PENUTUPAN JALAN OLEH IBU PEJABAT POLIS DAERAH KUALA MUDA SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN ↔️ BERMULA...

Posted by Polis Daerah Kuala Muda on Wednesday, 20 January 2021

Post a Comment

0 Comments