Umum sedia maklum bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di negeri Kedah bermula 22 Januari 2021 hingga 4 Februari 2021. Jadi, terdapat perubahan berkenaan dengan operasi bagi sesebuah institusi keagamaan.
Melalui sumber kemaskini yang terkini, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman telah membuat perubahan dari segi bilangan jemaah yang boleh hadir ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat dan Solat Fardhu Berjemaah.
Ketetapan Bilangan Jemaah di semua Masjid dan Surau:
Solat Jumaat Berjemaah : Maksimum 50 orang ahli kariah (Tidak termasuk pegawai dan jawatankuasa masjid/surau) dibenarkan di Masjid Negeri, Masjid Kariah, Masjid Institusi dan Surau Kebenaran Jumaat.
Solat Fardhu Berjemaah : Tidak melebihi 5 orang dan hanya dibenarkan kepada pegawai dan jawatankuasa masjid/surau sahaja.
Sekiranya mencapai bilangan maksimum jemaah yang ditetpkan, pihak jawatankuasa hendaklah memastikan tiada lagi pergerakan keluar-masuk ke premis masjid/surau.
Bagi jemaah yang mempunyai gejala atau simptom seperti demam, sesak nafas, sakit tekak, dan selesma TIDAK DIBENARKAN hadir ke masjid atau surau. Jemaah yang berumur bawah 12 tahun juga tidak dibenarkan hadir.
Semua jemaah yang hadir diwajibkan membawa sejadah sendiri dan memakai pelitup muka sebelum hadir ke masjid atau surau.
Sumber: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman
(Kemaskini: 20 Januari 2021)

0 Comments