Permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 Ambilan 2022 dan 2023


Kita telah masuk bulan ke-2 bagi tahun 2021. Pastinya, ada diantara kita mempunyai anak yang akan mencapai usia 7 tahun pada tahun depan. Jadi, sebagai ibubapa pastinya kita ingin menghantar anak kita ke sekolah untuk mendidik mereka dengan pembelajaran di sekolah.

Permohohonan Murid ke Tahun Satu Kemasukan 2021 dan 2022 akan dibuka tak lama lagi secara Online. Memasuki Tahun Satu adalah permulaan buat murid ke Sekolah Rendah selepas tamatnya pendidikan di PraSekolah. 

Buat ibubapa, pastinya ada yang ingin tahu bagaimana cara untuk mendaftar anak masing-masing. Jadi, kami kongsikan kepada anda langkah-langkah untuk proses permohonan ini.

Perhatian buat ibubapa yang mempunyai anak lahi pada tahun 2015 dan 2016! Anda perlu peka dengan maklumat yang disampaikan ini.

Permohonan Pendaftaran Tahun 1 ini boleh dibuat bermula pada 1 Mac 2021 hingga 30 April 2021.

CARA PERMOHONAN PENDAFTARAN ANAK KE TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2022 DAN 2023 SECARA ONLINE

Sistem Pendaftaran Dalam Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM) bertujuan untuk memudahkan Ibu Bapa dan Penjaga membuat permohonan tanpa perlu mengisi borang secara manual selain untuk menjimatkan masa ibu bapa dan penjaga.


Pengguna SPATKPM Sedia Ada

Ibu bapa dan penjaga yang pernah menggunakan Sistem Pendaftaran Dalam Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM) mungkin tiada sebarang masalah untuk membuat permohonan baharu. Mereka hanya perlu Daftar Masuk sahaja ke dalam sistem tersebut.


Pengguna SPATKPM Pertama Kali

Kepada Ibu bapa dan penjaga yang pertama kali menggunakan Sistem Pendaftaran Dalam Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM), anda boleh merujuk maklumat yang ditunjukkan di bawah.


Tarikh Permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 Ambilan 2022 dan 2023

TARIKH BUKA

TARIKH TUTUP

1 MAC 2021

30 APRIL 2021

 


Tahun Sesi Persekolahan Mengikut Tarikh Kelahiran

SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2022

SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2023

Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2015 hingga 1.1. 2016

Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2016 hingga 1.1. 2017

 


Langkah-langkah Permohonan Online Daftar Murid Tahun 1

1. Layari laman sesawang rasmi Sistem Pendaftaran Dalam Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM), klik link https://public.moe.gov.my/

2. Pengguna pertama kali (ibu bapa penjaga) perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna sistem SPATKPM, klik pada butang “Pengguna Baru” dalam ruangan Daftar Masuk.

Bagi ibu bapa / penjaga yang pernah menggunakan sistem SPATKPM hanya perlu log in ke sistem dengan menggunakan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang didaftarkan sebelum ini, kemudian klik butang “Daftar Masuk“

3. Untuk pengguna baru, anda perlu menlengkapkan maklumat diri yang diperlukan seperti gambar di bawah bagi mengakses sepenuhnya sistem SPATKPM.


3. Untuk maklumat lanjut dan lengkap, sila rujuk Garis Panduan SPATKPM, klik 

4. Sebarang pertanyaan dan masalah mengenai pilihan sekolah atau masalah pendaftaran akaun pengguna. Ibu bapa / Penjaga boleh berhubung dengan pegawai e-daftar mengikut negeri pendaftaran anak atau kagaan. Sila klik di bawah;

5. Permohonan yang berjaya perlu dicetak bagi bukti maklumat permohonan online. Tindakan selanjutnya yang perlu dilakukan akan diumumkan dalam sistem SPATKPM.



Post a Comment

0 Comments