SUNGAI PETANI: 10 individu termasuk dua wanita direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes pecah rumah di Ambangan Heights Khamis lalu.
Perintah reman itu dibenarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Sungai Petani, Dalilah Ismail pada Isnin.
Dalam beberapa serbuan sekitar Sungai Petani, Bedong dan Sungai Lalang, kesemua yang ditahan berusia dalam linkugan 20-an hingga 50-an termasuk dua wanita yang berusia 24 dan 35 tahun.
Minggu lepas, tular di Facebook, apabila pemilik rumah tersebut memuat naik rakaman video yang menunjukkan rumahnya telah dipecah masuk dan mengalami kerugian yang bernilai kira-kira RM50,000.
KES PECAH MASUK RUMAH AMBANGAN HEIGHTS Assalamualaikum, mohon jasa baik semua sekiranyaa ada ternampak orang yang nak...
Posted by SPKini on Friday, 23 April 2021
Antara barangan yang dirompak termasuk televisyen bersaiz 58 inci, dua buah peti ais, mesin basuh, rantai perkahwinan serta banyak lagi barangan rumah yang dirompak.
Kumpulan perompak itu bagaimanapun didakwa datang semula pada Selasa sebelum terserempak dengan pemilik rumah menyebabkan mereka melarikan diri dengan menaiki sebuah lori dan motosikal.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan jenayah pecah rumah.
Sumber: Sinar Harian

0 Comments