TERKINI: Pelajar IPT Dibenarkan Pulang Sempena Cuti Perayaan Aidilfitri 2021

Sumber Gambar: Berita Harian


Melalui kenyataan media laman rasmi Kementerian Pengajian Tinggi, pelajar KPT yang berada di dalam kampus dibenarkan pulang sempena Cuti Perayaan Aidilfitri 2021 kecuali negeri Sarawak.

Kenyataan Media Kementerian Pengajian Tinggi mengenai Pergerakan Pelajar IPT Pulang Sempena Cuti Perayaan Aidilfitri dan...

Posted by Kementerian Pengajian Tinggi on Wednesday, 28 April 2021

Berita ini pastinya menggembirakan para pelajar yang berada di kampus buat ketika ini kerana pada tahun lepas ada pelajar yang terpaksa beraya di kampus semasa PKP. Pelajar diberi pilihan sama ada pulang ke kampung halaman masing-masing atau kekal berada di kampus semasa cuti perayaan Aidilfitri nanti.

Oleh itu, pihak KPT telah menyelaraskan beberapa mekanisme kawalan di mana pergerkan pelajar di setiap IPT dilaksanakan secara berfasa bagi memastikan pergerkan pelajar adalah terkawal. Tarikh yang ditetapkan bagi pergerakan pulang ke rumah masing-masing ialah pada 7-12 Mei 2021. Manakala pergerakan pulang kembali ke kampus ialah pada 15-20 Mei 2021.

Namun, pergerakan pelajar adalah bersyarat dengan menggunakan 3 kaedah iaitu menggunakan kenderaan sendiri, dijemput oleh ibu bapa atau penjaga, atau menggunakan bas yang diselaraskan oleh IPT. Penggunaan pengangkutan awam adalah tidak dibenarkan kecuali perkhidmatan penerbangan.

Pihak IPT masing-masing akan menyediakan surat perlepasan pelajar untuk merentas negeri dalam masa yang terdekat.

Para pelajar dan ibu bapa boleh merujuk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) Pergerakan Pelajar IPT Pulang Sempena Cuti Perayaan Aidilfitri dan Dokumen Soalan Lazim di www.mohe.gov.my.

Sumber: FB Kementerian Pengajian Tinggi

Post a Comment

0 Comments