4 MEI: Jabatan Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) telah mengeluarkan kemaskini terbaru berkenaan pelaksanaan aktiviti keagamaan di masjid dan surau. Pastinya berita gembira ini disambut baik oleh rakyat negeri Kedah khususnya.
Melalui kemaskini terbaru yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) sebentar tadi, aktiviti kegamaan di masjid dan surau telah dibenarkan kembali dengan pematuhan SOP yang ditetapkan.
Semua masjid dan surau di setiap zon dibenarkan solat berjemaah mengikut keluasan ruang solat (kapasiti keseluruhan bangunan) masjid dan surau, dengan penjarakan fizikal minimum 1 meter.
Untuk pelaksanaan program keagamaan dan majlis ilmu adalah dibenarkan di semua zon, tetapi terhad kepada kuliah Maghrib sahaja, dan Majlis Bacaan Yaasin (hari Khamis malam Jumaat) dalam skala yang kecil dan tidak melebihi 45 minit.
Bagi aktiviti khas di bulan Ramadan juga turut dibenarkan di semua zon dengan had waktu yang minimum. Masjid dan surau hendaklah ditutup setelah selesai solat Jumaat, Fardhu dan Terawih. Untuk solat Terawih dibenarkan hingga 10:30 malam sahaja.
Solat sunat Aidilfitri dibenarkan mengikut kapasiti masjid/surau mengikut kaedah ketetapan solat Jumaat.
Arahan terbaru ini dikuatkuasakan serta merta bermula 4 Mei 2021 sehingga tamat tempoh pelaksanaan PKP. Melalui arahan terbaru ini, sebarang perbezaan dan percanggahan arahan sebelum ini adalah terbatal.
Sumber : JHEAIK
ARAHAN PELAKSANAAN AKTIVITI KEAGAMAAN DI MASJID DAN SURAU NEGERI KEDAH DARUL AMANDALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN...
Posted by Bpms Jheaik on Monday, 3 May 2021

0 Comments