Cara Mudah Untuk Ganti Nombor Telefon Baru di MySejahtera, Tanpa Perlu Padam Akaun Sedia Ada

MySejahtera merupakan aplikasi telefon yang semua rakyat Malaysia wajib ada. Aplikasi ini bagaikan passport bagi semua orang apabila hendak memasuki sesuatu premis. Ia memudahkan orang ramai untuk terus mengimbas QR Code yang disediakan oleh pihak premis daripada menulis secara manual di kertas. Aplikasi ini juga turut dilengkapi dengan butiran peribadi yang perlu diisi oleh pengguna.

Nombor telefon merupakan antara butiran yang wajib diisi di dalam MySejahtera. Namun begitu, mungkin ada yang menghadapi masalah dengan nombor telefon yang sedia ada dan tidak dapat digunakan atas sebab=sebab yang tertentu. Ini mungkin akan menzahirkan kebimbangan dengan akaun MySejahtera yang telah didaftarkan dengan nombor tersebut akan hilang atau tidak dapat diakses.

Jadi apa yang perlu anda buat jika menghadapi masalah sebegini?

Sebenarnya anda boleh terus mengubah nombor telefon di MySejahtera tanpa perlu memadam akaun yang sedia ada.

Jom lihat bagaimana caranya...

Langkah 1 : Buka aplikasi MySejahtera, klik "Profile"


Langkah 2 : Klik Simbol yang terletak di bahagian atas sebelah kanan


Langkah 3 : Klik "Change MySJ ID"


Langkah 4 : Isi nombor telefon baru di ruangan tersebut, selepas itu klik "Confirm"


Selepas itu, anda akan menerima emel pengesahan dari MySejahtera.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda. Jangan lupa kongsi dengan rakan dan orang yang terdekat anda.



Post a Comment

0 Comments